Ringtone Al-Qur'an atau Adzan, Boleh gak sih?

yaasiiin,,,wal qur'anil hakim,,,innakalaminal mursaliin,,,cnut,,,halo assalamu'alaikum....
eh, surat yasiin nya kok tiba-tiba berhenti?

Salam hangat sahabat dakwah, sudah lama sekali admin Jalan Dakwah tidak bertegur sapa dengan sahabat dakwah sekalian, karena alhamdulillah sedang diberi kesibukan lain oleh Allah SWT :).

Dari cuplikan tulisan diatas, sahabat dakwah pasti pernah mengalaminya, mendapati seseorang menggunakan ayat al-Qur'an sebagai Ringtone di HP nya, atau jangan-jangan sahabat dakwah sendiri yang menjadi oknumnya, hahahha,,,sudah mulai senyum-senyum sendiri.

Nah, postingan kali ini Jalan Dakwah akan me-refresh kembali pengetahuan kita tentang hukum penggunaan ayat suci Al-Qur'an sebagai nada dering / Ringtone HP,,,boleh ga sih? let's Check it out....

Pertanyaan:
Assalamu'alaikum,
Apakah hukumnya menggunakan nada dering Handphone dengan bacaan surah Al Quran?

Jawaban:
Wa’alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab pertanyaan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Penggunaan nada dering bacaan al-Quran awalnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Arab Saudi pada 17 Nov 2007 didalam syura' yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut diketuai oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri syura' tersebut :
 “Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam handphone bertujuan untuk didengarkan merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.
Pada hari Kamis, 12 November 2009 pula, Akademi Penelitian Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan pernyataan beliau :
 “Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.
Menurut sekretaris Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang ditetapkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, karena nada dering itu dijadikan sebagai bahan peringatan apabila terjadinya sambungan, dan tidak sesuai langsung al-Quran mengganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering melalui Juru Bicaranya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahwa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-
  1. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
  2. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang mendengar itu diam dan mendengarnya.
  3. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila telepon tersebut “diangkat”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
  4. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti toilet!! Haram bacaan al-Quran didalam toilet.
Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah bunyi Adzan.
Wallahu a'lam bishawab. :)

Nah, sahabat dakwah yang saya cintai, sudah paham kan asal muasal tidak diperbolehkannya kita untuk menggunakan ayat suci al-Qur'an sebagai nada dering handphone?, jadi, mulai sekarang mari kita ganti nada dering, jangan pergunakan lagi ayat suci al-Qur'an :).

Baiklah, cukup sekian sharing Jalan Dakwah kali ini, semoga bermanfaat bagi kita semua.
Sampaikanlah Walau Satu Ayat....Salam Pejuang Dakwah.

Sumber : http://myibrah.com/

0 komentar:

Posting Komentar